Ihtifal Kesenian Islam
Tuesday, 14 August 2007 00:00
Majlis Ihtifal Kesenian Islam KEMAS Peringkat Kebangsaan :
Tarikh : 11-14 Ogos 2007
Tempat : Politeknik Ungku Omar, Ipoh, Perak
Acara dipertandingkan :
1. Nasyid (lelaki & wanita)
2. Marhaban dan bezanji (lelaki)
3. Khat (lelaki & wanita)
Majlis Ihtifal Kesenian Islam KEMAS Perigkat Kebangsaan akan diadakan pada 11-14 Ogos 2007 di Politeknik Ungku Omar (PUO), Ipoh, Perak Darul Ridzuan. Majlis ini adalah kesinambungan program yang telah dianjurkan di peringkat daerah dan negeri seluruh Malaysia. Ketika inilah para peserta dan kumpulan yang telah berjaya menjadi johan di peringkat negeri beradu suara dan kreativiti di peringkat kebangsaan pula. Program yang dianjurkan oleh Bahagian Bina Insan, Ibupejabat KEMAS ini adalah bagi kali yang keempat. Sebelum ini pertandingan serupa telah diadakan di Negeri Sembilan, Terengganu dan Kedah.
Antara acara yang dipertandingkan adalah nasyid, marhaban dan berzanji dan khat. Pertandingan nasyid buat julung-julung kalinya akan akan dipertandingkan bagi kategori lelaki manakala nasyid kategori wanita diteruskan seperti pertandingan sebelum ini. Marhaban dan berzanji pula melibatkan kategori lelaki dewasa manakala pertandingan khat adalah terbuka. Pelbagai hadiah menarik dan lumayan ditawarkan kepada pemenang pertandingan sama ada bagi acara individu mahupun kumpulan.
Oleh yang demikian, orang ramai adalah dijemput untuk bersama-sama memeriahkan majlis ini yang membawa tema "Ummah Gemilang, Negara Terbilang".




