Bengkel Gaya Hidup Sihat

attention open in a new windowPDFPrintE-mail

Wednesday, 12 September 2007 12:07

Pahang – Bengkel Gaya Hidup Sihat Siri 3/2007 telah berlangsung bermula dari 10 – 13 Jun 2007 Bertempat di Institut Latihan KEMAS (ILK), Kuantan, Pahang. Bengkel ini mengumpulkan wakil-wakil KEMAS negeri seluruh Malaysia. Aktiviti yang disusun bukan sahaja memfokuskan kepada penjagaan kesihatan, tetapi juga semangat berpasukan yang perlu dipupuk bagi memantapkan lagi kerjasama antara anggota KEMAS. Ketua Pengarah KEMAS, Dato’ Abu Seman bin Awang dalam ucapan penutupan bengkel ini turut menyentuh aspek kerja kumpulan. Kata beliau, “Kerja berpasukan amat penting dalam menentukan jatuh bangun sesuatu kumpulan itu. Oleh itu, kerjasama yang erat amat diperlukan bagi memastikan KEMAS sentiasa di hadapan.” Bengkel selama 4 hari tersebut telah berjaya mencapai objektifnya. Semangat berpasukan antara peserta yang terlibat dapat dilihat sepanjang bengkel tersebut dan diharap ianya akan berterusan.