Selangor - Juara Keseluruhan Hari Potensi
Monday, 17 September 2007 00:09
KUANTAN: Kontinjen KEMAS Negeri Selangor membuktikan kejaguhan mereka apabila merangkul Trofi Hari Potensi Kanak-Kanak Tabika KEMAS, menewaskan 13 kontinjen negeri lain dalam acara sukan sempena Hari Potensi Kanak-Kanak Tabika KEMAS Peringkat Kebangsaan dan Perhimpunan kanak-Kanak Tabika Sempena Sambutan Perayaan Bulan Kemerdekaaan ke-50.
Kontinjen KEMAS Selangor mendapat 10 mata hasil kejayaan dalam acara Gerakrama dan Galah Panjang yang menjadi johan dan tempat ketiga dalam acara Bola Jaring. Pasukan ini juga membuktikan kemampuan dengan memenangi tempat pertama dalam kategori Tabika, Anugerah Keceriaan,Kesihatan dan Keselamatan (3K) melalui Tabika KEMAS Taman Jati Rawang. Kontinjen yang meduduki tempat kedua dan ketiga keseluruhan dimiliki oleh Pasukan Negeri Johor dan Perlis.
Acara yang dipertandingan Hari Potensi Kanak-Kanak Tabika KEMAS kali ini seperti Futsal,Bola Jaring,Roundes,Gerakrama, Galah Panjang dan Silat dan dilangsungkan selama tiga hari bermula 21 – 23 Ogos 2007 di Kolej Matrikulasi Gambang Kuantan, Pahang.
Sementara itu, Ketua Kontinjen KEMAS Negeri Selangor, Puan Harlina Sadan berkata sesungguhnya semua pasukan mempunyai peluang yang sama untuk merangkul kejayaan. Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang bertungkus-lumus memastikan kejayaan kontinjen Negeri Selangor. Tambah beliau lagi, sesungguhnya kami amat terharu dengan usaha para guru, jurulatih dan sokongan para ibu bapa yang begitu komited dari awal hinggalah ke akhirnya.
Tahniah kepada semua. Kejayaan ini pastinya cukup bererti bagi kontinjen KEMAS Negeri Selangor dan warga KEMAS Selangor. Majlis Perasmian Penutup dan Penyampaian Hadiah disempurnakan oleh KDYMM Sultan Pahang Darul Makmur dan turut hadir Yang Amat Mulia Tengku Muda Pahang, Menteri Besar Pahang, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah dan pemimpin kerajaan negeri.
Oleh : Tokghawa (
This e-mail address is being protected from spambots, you need JavaScript enabled to view it
)




