Hari Potensi Kanak-kanak Kebangsaan

attention open in a new windowPDFPrintE-mail

Monday, 17 September 2007 00:12

Kuantan, Pahang : Tahun 2007 telah mencipta sejarah buat negeri Pahang kerana pada kali ini telah berlangsungnya program mega yang dianjurkan oleh KEMAS iaitu Hari Potensi Peringkat Kebangsaan tahun 2007 yang telah diadakan di Kolej Matrikulasi Kuantan, Pahang. Pemilihan peserta adalah bedasarkan pada Hari Potensi peringkat negeri di mana juara dari setiap negeri akan mewakili negeri masing-masing untuk bertanding pada acara kali ini.

 


Hari Potensi adalah sebuah program yang diadakan oleh KEMAS yang menjadi pemangkin ke arah usaha kerajaan dalam membangunkan modal insan berkualiti terutamanya bagi masyarakat luar bandar. Ianya adalah selari dengan objektif utamanya iaitu memberi peluang kepada kanak-kanak menunjukkan bakat dan kebolehan serta mengembangkan minat dan kreativiti kanak-kanak sejak dari awal lagi. Ianya merupakan salah satu aktiviti kokurikulum TABIKA yang dilaksanakan untuk mencungkil bakat dan kebolehan kanak-kanak TABIKA KEMAS yang berumur dari 4 hingga 6 tahun.

Program ini sebenarnya adalah acara pertandingan sukan yang disertai oleh kanak-kanak TABIKA dari seluruh Malaysia dan merupakan wakil bagi setiap negeri masing-masing. Acara yang berlangsung selama 3 hari itu telah bermula pada 21 hingg 23 Ogos dengan 6 acara yang dipertandingkan iaitu futsal, galah panjang, bola jaring, gerak rama, rounders dan silat.

Pada masa yang sama juga telah berlangsungnya majlis penyampain Anugerah Pertandinghan Keindahan, Kesihatan dan Keselamatan (3K) TABIKA dan TASKA KEMAS bagi menyediakan persekitaran yang kondusif untuk pembelajaran kanak-kank. Pertandingan sukan kali ini melibatkan persaingan yang begitu sengit di kalangan peserta.

Pertandingan yang berlangsung selama 2 hari itu memperlihatkan keputusan yang agak seimbang antara negeri. Jadual di bawah menerangkan keputusan penuh 6 jenis pertandingan yang diadakan :

Futsal
Johan : Perlis
Naib Johan : Johor
Ketiga : Kedah
Keempat : Sabah

Galah Panjang
Johan : Selangor
Naib Johan : Melaka
Ketiga : Perlis
Keempat : Sabah

Rounders
Johan : Terengganu
Naib Johan : Sabah
Ketiga : P. Pinang
Keempat : Kelantan

Bola Jaring
Johan : Johor
Naib Johan : Kedah
Ketiga : Selangor
Keempat : Kelantan

Gerak Rama
Johan : Selangor
Naib Johan : Negeri Sembilan
Ketiga : Perlis

Silat
Johan : Pahang
Naib Johan : Johor