SELAMAT DATANG ke Portal Anakku Sayang
Lungsurlah tips-tips yang terdapat di laman ini dan anda akan menemui jawapannya. Bukan sekadar itu, anda juga boleh menjadi sahabat kepada ruangan forum Portal Anakku Sayang, bagi memberikan input, komentar mahupun cadangan dan bersama-sama dengan ahli-ahli yang lain berkongsi ilmu dan pengalaman. Anak-anak adalah permata kehidupan dan anak-anaklah juga bakal pemimpin masa hadapan. Justeru, langkah yang bijak perlu diambil oleh para ibubapa bagi memastikan semua keperluan anak-anak dapat dipenuhi.
Justeru, kami percaya, portal ini upaya menjadi salah-satu medium bagi para ibubapa mencari formula dan cara di dalam pendidikan anak-anak. Melalui portal ini juga, pengunjung dapat mengetahui program dan aktiviti KEMAS yang berkaitan dengan aspek-aspek keibubapaan dan kekeluargaan. Tidak lupa, sebuah galeri gambar juga disediakan bagi membolehkan pengunjung mencerap dengan lebih jelas aktiviti yang telah dilaksanakan di seluruh Malaysia.
Didik Anak Mengikut Usia
MEMIKUL tanggungjawab menjadi ibu dan bapa bukan satu perkara yang mudah. Matlamat keibubapaan itu sendiri perlu diketahui supaya anak dapat dibimbing untuk mencapai potensi menjadi insan yang berguna, bertanggungjawab dan produktif.
Mukasurat 1 dari 1
- Mula
- Sebelum
- 1
- Seterusnya
- Tamat




