40 Kesilapan IbuBapa

attention open in a new windowPDFPrintE-mail

Sunday, 12 August 2007 13:52

 

1.    Pemilihan jodoh tanpa memperhitungkan mengenai zuriat
2.    Perhubungan suami isteri tanpa memperhitungkan mengenai zuriat
3.    Kurang berlemah lembut terhadap anak-anak
4.    Memaki hamun sebagai cara menegur kesilapan anak-anak
5.    Tidak berusaha mempelbagaikan makanan yang disajikan kepada anak-anak
6.    Jarang bersama anak-anak sewaktu mereka sedang makan
7.    Melahirkan suasana yang kurang seronok ketika makan
8.    Membeza-bezakan kasih sayang terhadap anak-anak
9.    Kurang melahirkan kasih sayang
10.    Sering mengeluh di hadapan anak-anak
11.    Tidak meraikan anak-anak ketika mereka pergi dan pulang dari sekolah
12.    Tidak mengenalkan anak-anak dengan konsep keadilan
13.    Tidak memberatkan pendidikan agama di kalangan anak-anak
14.    Tidak terlibat dengan urusan pelajaran anak-anak
15.    Tidak memprogramkan masa rehat dan riadah anak-anak
16.    Tidak menggalakkan dan menyediakan suasana suka membaca
17.    Mengizinkan anak-anak menjamah makanan dan minuman yang tidak halal
18.    Tidak menunjukkan contoh tauladan yang baik di hadapan anak-anak
19.    Jarang meluangkan masa untuk bergurau senda dengan anak-anak
20.    Terdapat jurang komunikasi di antara ibubapa dengan anak-anak
21.    Tidak menggunakan bahasa yang betul
22.    Suka bertengkar di hadapan anak-anak
23.    Sentiasa menunjukkan muka masam di hadapan anak-anak
24.    Tidak membimbing anak-anak supaya mematuhi syariat
25.    Memberi kebebasan yang berlebihan kepada anak-anak
26.    Terlalu mengongkong kebebasan anak-anak
27.    Tidak menunaikan janji yang dibuat terhadap anak-anak
28.    Tidak menunjukkan minat kepada aktiviti anak-anak
29.    Tidak memupuk semangat membaca di kalangan anak-anak
30.    Tidak berminat melayan pertanyaan atau kemusykilan anak-anak
31.    Tidak memberi perhatian terhadap buah fikiran anak-anak
32.    Lambat memberi penghargaan kepada anak-anak
33.    Kerap meleteri sesuatu kesilapan yang dilakukan anak-anak
34.    Hukuman yang tidak setimpal dengan kesalahan yang dilakukan
35.    Sering mengancam dan menakutkan anak-anak
36.    Menghukum tanpa menyatakan kesalahan yang dilakukan
37.    Tidak konsisten dalam menjatuhkan hukuman ke atas anak-anak
38.    Memberi nasihat yang sama kepada anak-anak
39.    Tidak tegas mendidik anak-anak
40.    Tidak menggalakkan anak-anak hidup bekerjasama