IBU adalah pencorak pemimpin dan pembina umat
Sunday, 12 August 2007 13:38
Ibu dalam bahasa al-Qur’an dinamai dengan umm. Dari alar kata yang sama dibentuk kata imam (pemimpin) dan ummat. Kesemuanya bermuara pada makna yang dituju atau yang diteladani dalam erti pandangan harus tertuju pada umat, pemimpin, dan ibu untuk diteladani. Umm atau ibu melalaui perhatiannya kepada anak serta keteladanannya serta perhatian anak kepadanya, dapat menciptakan pemimpin-pemimpin dan bahkan dapat membina umat. Sebaliknya, jika yang melahirkan seorang anak tidak berfungsi sebagai umm, maka umat akan hancur dan pemimpin (imam)yang wajar untuk diteladani pun tidak akan lahir.
Agaknya, ketika al-Quran menempatkan kewajiban berbuat baik kepada ibu bapa (khususnya kepada ibu) pada urutan kedua setelah kewajiban taat kepada Allah, bukan hanya disebabkan kerana ibu memikul beban yang berat dalam mengandung, melahirkan dan menyusukan anak tetapi jua kerana ibu dibebani tugas menciptakan pemimpin-pemimpin umat.
Fungsi dan peranan inilah yangmenjadikannya sebagai umm atau ibu. Dan demi kejayaan fungsi tersebut, Allah menganugerahkan kepada kaum ibu struktur biologis dan ciri psikologis yang berbeza dengan kaum bapa. Peranan ibu sebagai pendidik generasi bukanlah sesuatu yang mudah. Peranan itu tak dapat diremehkan atau diketepikan. Namun demikian, ini bukan bererti bahawa harus terus-menerus berada di rumah dan tidak mengikuti perkembangan. Juga, pada saat yang sama, ia tidak bererti bahawa mereka harus menelurusi jalan yang ditempuh oleh kaum bapak.
Maurice Bardeche, pakar dari negara Perancis yang dinilai sebagai pelopor yang mengumandangkan semboyan kebebasan dan persamaan dalam bukunya ’Histoire des Femmes’ memperingatkan : ”Janganlah hendaknya kaum ibu meniru kaum bapak, kerana jika demikian akan lahir – bahkan telah lahir – jenis ketiga dari manusia.”
Sekali lagi, apa yang dikemukakan di atas bukan bererti bahawa kaun ibu harus terus menerus berada di rumah – siap menanti kedatangan suami setelah menyiapkan makan dan membersihkan rumah – kerana bukan itu yang menjadi tugas utamanya.
Walaupun kita tidak sepenuhnya sependapat dengan ulama besar kenamaan Ibnu Hazm (384 – 456 H), namun tidak ada salahnya untuk mengutip pendapatnya: ”Baik dan terpuji apabila seorang ibu atau isteri melayani suaminya, membersihkan dan mengatur rumah tempat tinggalnya. Tetapi itu bukan merupakan kewajibannya. Makanan dam pakaian yang telah siap dan terjahit untuknya justru menjadi kewajiban suami untuk menyediakannya.”
Agaknya, ketika ulama besar ini mengemukakan pendapatnya ini seribu tahun yang lalu, dan yang diidamkan oleh pelopor emansipasi, beliau ingin menekankan pentingnya kewajiban ibu dalam mendidik anak-anaknya.
Oleh kerana itu, sebagai anak kita berkewajiban mengingat jasa-jasa ibu : ”Seteguk Air Susu Ibu yang pernah kita minum, setitis peluh yang pernah dicurahkannya, seuntai kalimah bimbingan yang pernah disampaikannya _ kesemua itu tidak mungkin diimbangi atau terbalas. Kita hanya dapat bermohon :
Rabbi Irhamhuma kama rabbayani saghira.




